Design

Assalamualaikum.

Nama saya Mohd Amin Bin Hj Jumberi, CEO & Founder Al Amin Consultancy & Services. Pihak kami menyediakan perkhidmatan membina laman web dengan harga yang sangat kompetitif di pasaran.

Terdapat beberapa DOMAIN yang tersedia untuk anda pilih bagi laman web anda.

  • .com
  • .net
  • .org
  • .biz
  • .info

Saya mendapat bimbingan dan “Personal Coaching” mengenai selok-belok pembinaan laman web setelah mengikuti Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial yang dikendalikan oleh Jutawan Internet No. 1 Malaysia, Sifu Irfan Khairi (IK).

alamin2u sifu

 

IMG_3806

Setelah menamatkan program tersebut, saya terpanggil untuk membantu sesiapa saja yang ingin memiliki laman web khususnya peniaga dan usahawan Bumiputra supaya dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas lagi, bahkan sehingga ke seluruh pelusuk dunia.

Kenapa anda memerlukan laman web?

7 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PERLUKAN LAMAN WEB?

  • KREDIBILITI

Pada hari ini, semakin ramai pengguna yang melayari internet untuk mencari produk dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Perniagaan anda akan dilihat mempunyai KREDIBILITI dengan mempunyai laman web sendiri. Jika perniagaan yang anda jalankan tidak mempunyai laman web, bakal pelanggan akan pergi kepada PESAING anda yang memiliki laman web. Mempunyai laman web yang Profesional akan menaikkan lagi imej perniagaan anda serta keyakinan pelanggan. 

kasturi bidara google

Sebagai contoh, jika seseorang ingin mendapatkan produk Kasturi Bidara, beliau hanya perlu membuat carian di Google dengan menaip perkataan “Kasturi Bidara”. Jika anda mempunyai laman web berkaitan Kasturi Bidara, mungkin laman web anda yang akan dipaparkan dan mungkin juga bakal pelanggan itu terus membeli produk Kasturi Bidara dari anda.

  • MENJIMATKAN WANG

Sebagai seorang peniaga, anda mungkin terfikir anda tidak mampu untuk memiliki laman web bagi tujuan mempromosikan perniagaan. Hakikatnya anda memang tidak dapat mengelak untuk memiliki laman web perniagaan sendiri. Walaupun kos untuk membina laman web berbeza-beza dari segi harga, tetapi setelah di’upload’ ia akan berfungsi seperti jurujual yang boleh mempromosikan perniagaan anda 24 jam sehari pada setiap hari. Berbanding dengan kos pengiklanan di akhbar, dengan memiliki laman web perniagaan sendiri, sebenarnya ia lebih menjimatkan dan kos efektif sekiranya anda fikir untuk tempoh jangka panjang kerana jumlah bakal pelanggan yang boleh melihat perniagaan yang anda jalankan menerusi laman web adalah jauh lebih tinggi.

  • MAKLUMAT YANG “UP TO DATE”

Adalah lebih cepat dan mudah untuk mengemaskini maklumat berkaitan produk yang anda jual dan perkhidmatan yang anda tawarkan di dalam laman web berbanding dengan di dalam bahan bercetak. Maklumat berkaitan produk baru, promosi, event dan perkhidmatan baru yang ditawarkan dapat disampaikan dengan cepat dan pantas. Laman web sentiasa dapat memberi maklumat terkini dan tidak seperti iklan di dalam bahan bercetak seperti majalah dan surat khabar, ianya cepat “OUTDATED“.  Sebagai contoh, jika anda menganjurkan program / kursus setiap bulan, anda hanya perlu mengemaskini tarikh program / kursus anda di dalam laman web sahaja. Berbanding jika anda menggunakan bahan bercetak seperti flyers, ia tidak akan dapat digunakan lagi setelah tarikh program / kursus tersebut berlalu. KLIK di sini untuk melihat contoh laman web yang perlu diubah mengikut tarikh program / kursus yang diadakan.

  • MUDAH DIAKSES

Sesebuah laman web boleh diakses oleh anda dan bakal pelanggan anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Ini akan memudahkan lagi bakal pelanggan anda untuk melihat produk yang anda jual dan perkhidmatan yang ditawarkan walaupun kedai anda tutup sempena cuti hujung minggu atau hari kelepasan am. Dengan gaya hidup yang sibuk khususnya bagi warga kota, keputusan untuk membeli boleh dibuat hanya dengan melihat tawaran di dalam laman web sahaja. KLIK di sini untuk melihat contoh laman web. Apatah lagi jika sesebuah laman web itu menawarkan cara pembelian menggunakan kad debit, kad kredit dan FPX. Ini akan dapat memudahkan pelanggan membuat pembelian dan secara tak langsung dapat meningkatkan jualan pemilik laman web.

  • POTENSI PASARAN YANG LEBIH LUAS

Tidak kira sama ada anda menjual produk atau perkhidmatan, laman web anda akan mampu meneroka segmen pasaran baru yang lebih luas. Bahkan boleh pergi ke peringkat global. Pernahkah anda terfikir anda dapat menjual produk dan perkhidmatan anda dengan menggunakan laman web? Jangan lupa, sekarang ini, kereta dan rumah pun dijual secara ONLINE dengan menggunakan laman web. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan dengan memiliki laman web yang boleh mempromosikan perniagaan anda. KLIK di sini untuk melihat contoh laman web.

  • DAPAT MENUNJUKKAN KEUNIKAN PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN

Apa pun jenis perniagaan yang anda jalankan, dengan memiliki laman web, dapat menunjukkan keunikan perniagaan anda. Anda boleh masukkan galeri gambar, video, latar belakang bunyi / muzik, testimonial dan lain-lain lagi di dalam laman web. Ini dapat menunjukkan perbezaan dan perbandingan perniagaan yang anda jalankan berbanding dengan pesaing perniagaan anda. KLIK di sini untuk melihat contoh laman web yang menawarkan perkhidmatan membuat reka bentuk logo perniagaan.

  • MENJIMATKAN MASA

Menyalurkan maklumat kepada pelanggan akan mengambil masa sekiranya menggunakan teknik telefon, “face to face”, pamphlet dan e-mail. Dengan menggunakan laman web, banyak maklumat mengenai produk dan servis dapat disampaikan. Sebaik sahaja laman web anda di’upload’, ia akan dapat dilihat oleh bakal pelanggan anda bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh pelusuk dunia. Ini akan dapat menjimatkan masa. Apa itu masa? MASA ADALAH WANG.

SIAPA YANG MEMERLUKAN LAMAN WEB?

Tidak dapat tidak, anda memang memerlukan laman web perniagaan sendiri sekiranya anda:-

  • Pemilik Restoran
  • Pemilik Spa 
  • Pemilik Butik
  • Pemilik Kedai Handphone
  • Pemilik Kedai Komputer
  • Pemilik Kedai Printing
  • Pemilik Kedai Kek & Bakeri
  • Penjual Produk Kesihatan
  • Penjual Produk Kecantikan
  • Penjual Tudung
  • Penjual Minyak Wangi
  • Peniaga Online
  • Pengusaha Katering
  • Pengusaha Makanan Ringan
  • Agen Dropship
  • Agen Insurans
  • Agen Takaful
  • Agen Unit Amanah
  • Agen Hartanah
  • Agen MLM
  • Perunding Umrah & Haji
  • Perunding Imej
  • Pereka Grafik
  • Wedding Planner
  • Guru Tuisyen
  • Guru Mengaji Al-Quran
  • Salesman Kereta
  • Menjalankan apa juga jenis perniagaan………..

 

CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN LAMAN WEB

  • Pilih nama dan domain laman web anda.
  • Pilih pakej laman web anda sama ada Pakej Silver, Pakej Gold atau Pakej Platinum.
  • Bayaran penuh perlu dijelaskan semasa membuat tempahan.
  • Pihak kami menerima pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan perbankan internet (FPX).
  • Sediakan DRAF mengenai konsep dan ayat-ayat yang hendak dimasukkan ke dalam laman web anda.
  • Berikan kami maklumat, gambar, video, testimonial, link dan sebagainya yang ingin dimasukkan ke dalam laman web anda.
  • Setelah anda berpuashati dengan laman web yang telah kami siapkan, setiap perubahan dan pindaan berikutnya yang hendak dibuat dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50.00.
  • Laman web anda akan disiapkan dan di’upload’ dalam tempoh 7 hari bekerja.

3 PAKEJ YANG DITAWARKAN

silver2

  • Domain 1 tahun
  • Hosting 1 tahun
  • Terhad 500 patah perkataan sahaja
  • 3 Akaun E-mail
  • Profesional template
  • Maksimum 5 gambar
  • Maksimum 1 video
  • Website header
  • Borang untuk dihubungi
  • 400MB Disc Space Storage
  • 7GB mothly bandwith
  • Bayaran domain & hosting RM200 setahun untuk tahun berikutnya

tempah sekarang


gold2

  • Domain 1 tahun
  • Hosting 1 tahun
  • 5 Akaun E-mail
  • Profesional template
  • Maksimum 10 gambar
  • Maksimum 3 video
  • Website header
  • Borang tempahan
  • Borang untuk dihubungi
  • Testimonial
  • 400 MB Disc space storage
  • 7GB monthly bandwith
  • Submit URL ke Search Engine
  • Bayaran domain & hosting RM250 setahun untuk tahun berikutnya

tempah sekarang


platinum2

  • Domain 1 tahun
  • Hosting 1 tahun
  • 10 Akaun E-mail
  • Profesional template
  • Gambar tiada had
  • Maksimum 7 video
  • Website header
  • Borang tempahan
  • Borang untuk dihubungi
  • Testimonial
  • 1500MB (1.5GB) Disc space storage
  • 20GB monthly bandwith
  • Submit URL ke Search Engine
  • Bayaran domain & hosting RM300 setahun untuk tahun berikutnya

tempah sekarang


PERSONAL COACHING MEMBINA LAMAN WEB

IMG_4201

Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan Personal Coaching  Membina Laman Web dengan harga yuran yang sangat berpatutan. 

Harga yuran Personal Coaching membina laman web hanya RM999  RM888 seorang.

Personal Coaching  akan dikendalikan secara teori dan praktikal di dalam kumpulan kecil (maksima 5 orang). Harga RM888 termasuk kos pendaftaran domain dan web hosting untuk 1 tahun.

  • Personal Coaching akan dijalankan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Lokasi Personal Coaching boleh ditentukan oleh peserta. Kami bersedia ke lokasi anda.
  • Sila datang tepat pada masa.
  • Sila bawa laptop, mouse & portable wifi anda sendiri semasa menghadiri Personal Coaching.
  • Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang menyertai Personal Coaching membina laman web.
  • Peserta akan mempunyai laman web sendiri yang mampu menjual sebaik sahaja tamat Personal Coaching.

DAFTAR DALAM KUMPULAN SERAMAI 5 ORANG UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN HARGA ISTIMEWA & FREE GIFT

Pihak kami menerima pembayaran menggunakan kad kredit / kad debit dan perbankan internet (FPX).

daftar sekarang

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan membina laman web yang kami tawarkan,

sila hubungi / WhatsApp Talian HOTLINE 011-12762166.

image