Perkhidmatan Membina
Laman Web

| Responsif | Kreatif | Kompetitif |

Pakej
Silver

Domain 1 Tahun

Hosting 1 Tahun

Terhad 1 Muka Surat

3 Akaun E-mail

Profesional Template

Terhad 5 Gambar

Terhad 1 Video

Borang Pertanyaan / Maklum Balas

400MBDisc space Storage

7GB Monthly Bandwith

Bayaran Domain & Hosting RM200 Setiap Tahun

Pakej
Gold

Domain 1 Tahun

Hosting 1 Tahun

Terhad 6 Muka Surat

5 Akaun E-mail

Profesional Template

Terhad 10 Gambar

Terhad 2 Video

Website Header

Borang Tempahan

Borang Pertanyaan & Maklumbalas

Testimonial Pengguna/Pelanggan

400 MB Disc Space Storage

7 GB Monthly Bandwith

Bayaran Domain & Hosting RM250 Setiap Tahun

Pakej
Platinum

Domain 1 Tahun

Hosting 1 Tahun

Terhad 12 Muka Surat

7 Akaun E-mail

Profesional Template

Terhad 15 Gambar

Terhad 3 Video

Website Header

Borang Tempahan

Borang Pertanyaan & Maklumbalas

Testimonial Pengguna/Pelanggan

1,500 MB (1.5GB) Disc Space Storage

20GB Monthly Bandwith

Bayaran Domain & Hosting RM300 Setiap Tahun.

Pilih Pakej Laman Web Anda

RM 888

PAKEJ SILVER

RM 1,500

PAKEJ GOLD

RM 2,500

PAKEJ PLATINUM

Kami Membina Laman Web Yang Mampu ''Convert" Prospek Kepada Sales.

Sila pilih pakej laman web yang kami tawarkan di atas yang bersesuaian dengan perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang. 

Walau bagaimanapun, sekiranya pakej yang ditawarkan di atas kurang bersesuaian dengan ciri-ciri  laman web yang anda perlukan, sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat dan konsultansi PERCUMA berserta sebutharga @ quotation untuk membina laman web tersebut.

Pihak kami bersedia menjadikan impian anda memiliki laman web sendiri dengan harga mampu milik dan kompetitif di pasaran satu realiti.

Siapa Kami?

Al Amin Consultancy & Services (002198717-D) merupakan sebuah syarikat milik penuh 100% Bumiputra Muslim yang telah diasaskan oleh En. Mohd Amin Bin Hj Jumberi, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor Darultakzim dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. 

Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah menyediakan perkhidmatan membina laman web dengan harga yang sangat kompetitif di pasaran.

Beliau telah mendapat bimbingan dan ‘Personal Coaching’ mengenai selok belok pembinaan laman web setelah mengikuti Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial yang dikendalikan oleh Jutawan Internet No. 1 Malaysia , Sifu Irfan Khairi (IK)

Setelah menamatkan program tersebut, beliau terpanggil untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin memiliki laman web sendiri khususnya peniaga dan usahawan Bumiputra supaya dapat mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas lagi, bahkan sehingga ke seluruh pelusuk dunia.

Mohd Amin Bin Hj Jumberi

FOUNDER AL AMIN CONSULTANCY & SERVICES
WEB DESIGNER
E-COMMERCE CONSULTANT

Kenapa Perlukan Laman Web?

Kredibiliti

Pada hari ini semakin ramai pengguna yang melayari internet untuk mencari produk dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Perniagaan anda akan dilihat mempunyai “KREDIBILITI” dengan mempunyai laman web sendiri. Jika perniagaan yang anda jalankan tidak mempunyai laman web, prospek @ bakal pelanggan anda akan pergi kepada “PESAING” anda yang memiliki laman web. Mempunyai laman web yang Profesional akan menaikkan lagi imej perniagaan anda serta keyakinan pelanggan.

Menjimatkan Wang

Sebagai seorang peniaga, anda mungkin terfikir, anda tidak mampu untuk memiliki laman web bagi mempromosikan perniagaan. Hakikatnya anda memang tidak dapat mengelak untuk memiliki laman web perniagaan sendiri. Walaupun kos untuk membina laman web berbeza-beza dari segi harga, tetapi setelah di”upload” ia akan berfungsi seperti jurujual yang boleh mempromosikan perniagaan anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa gagal.

Maklumat Yang 'Up To Date'

Adalah lebih cepat dan mudah untuk mengemaskini maklumat berkaitan produk yang anda jual dan perkhidmatan yang anda tawarkan di dalam laman web berbanding dengan di dalam bahan bercetak. Laman web sentiasa dapat memberi maklumat terkini dan tidak seperti iklan di dalam bahan bercetak seperti majalah dan surat khabar yang cepat “OUTDATED”.

Mudah Diakses

Sesebuah laman web boleh diakses oleh anda dan bakal pelanggan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Ini akan memudahkan lagi bakal pelanggan melihat produk yang anda jual dan perkhidmatan yang anda tawarkan walaupun kedai anda tutup pada waktu malam atau sempena cuti hujung minggu atau cuti hari kelepasan am. Dengan gaya hidup yang sibuk, khususnya warga kota, keputusan untuk membeli boleh dibuat hanya dengan melihat tawaran yang terdapat di dalam laman web.

Potensi Pasaran Lebih Luas

Tidak kira sama ada anda menjual produk atau perkhidmatan, laman web anda akan mampu meneroka segmen pasaran baru yang lebih luas. Bahkan boleh pergi ke peringkat global. Pernahkah anda terfikir dapat menjual produk dan perkhidmatan menggunakan laman web? Jangan lupa, sekarang ini, kereta, rumah dan tanah pun dijual secara ONLINE dengan menggunakan laman web.

Menjimatkan Masa

Menyalurkan maklumat kepada pelanggan akan mengambil masa sekiranya menggunakan teknik telefon, ‘face to face’, pamphlet dan e-mail. Dengan menggunakan laman web, banyak maklumat mengenai produk dan servis dapat disampaikan. Sebaik sahaja laman web anda di’upload’, ia akan dapat dilihat oleh bakal pelanggan anda bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh pelusuk dunia. Ini akan dapat menjimatkan masa. Apa itu masa? “MASA ADALAH WANG”

Siapa yang Memerlukan
Laman Web?

- Mereka Yang Mempunyai Perniagaan Sendiri.

- Peniaga Kecil & Sederhana.

- Pengilang / Pengeluar / Agen / Dropshipper.

- Kakitangan Kerajaan & Swasta Yang Ingin Membina Sumber Pendapatan Kedua.

- Pesara Kerajaan & Swasta Yang Ingin Menceburi Bidang Perniagaan.

- Pengurus Agensi Atau Perunding Insurans / Takaful / Unit Amanah.

- Anda Yang Terlibat Di Dalam Networking / MLM.

- Pemilik Restoran, SPA, Butik.

- Guru Tuisyen, Guru Mengaji, Salesman Kereta, Perunding Umrah Haji.

- Penjual Tudung, Penjual Minyak Wangi, Pengusaha Katering.

- Usahawan Online Yang Sedang Mengusahakan Perniagaan Secara Online.

- Sesiapa Sahaja Yang Menjalankan Apa Juga Perniagaan.

Bagaimana Untuk Membuat Tempahan Laman Web?

  • Pilih nama domain laman web anda.
  • Pilih pakej laman web pilihan anda sama ada Pakej Silver, Pakej Gold atau Pakej Platinum.
  • Bayaran penuh perlu dijelaskan semasa membuat tempahan.
  • Pihak kami menerima pembayaran menggunakan kad debit, kad kredit dan perbankan internet (FPX).
  • Sila sediakan DRAF mengenai konsep dan ayat Copywriting yang hendak dimasukkan ke dalam laman web.
  • Berikan kami maklumat, gambar, video, testimonial, link dan sebagainya yang ingin dimasukkan ke dalam laman web anda.
  • Setetelah laman web disiapkan dan anda berpuashati dengan laman web yang telah kami siapkan, setiap perubahan dan pindaan berikutnya akan dikenakan caj perkhidmatan mengikut jam iaitu sebanyak RM100 sejam.
  • Laman web anda akan disiapkan dan di'upload' dalam tempoh 7 -14 hari bekerja.

Maklumat Korporat

Masa Operasi

Isnin – Jumaat (10.00 Pagi – 5.00 Petang)

Sabtu & Ahad (Dengan Temujanji Sahaja)

Cuti Umum (TUTUP)

Pejabat Operasi

Al Amin Consultancy & Services

Bukit Jalil, Kuala Lumpur

(Berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil, Axiata Arena & Stadium Nasional Bukit Jalil)

Borang Pertanyaan & Maklum Balas

HUBUNGI KAMI
011-12762166

tempahan@alaminpakarweb.com