Al Amin Pakar Web 1 Malaysia

 

1486910217603

Assalamua’laikum w.m.w.b

Nama saya Mohd Amin Bin Hj Jumberi, CEO & Founder Al Amin Consultancy & Services dan Al Amin E Commerce. Pihak kami menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat membina laman web dengan harga yang sangat kompetitif di pasaran. Kini anda pun boleh memiliki laman web dengan harga mampu milik.

Selain dari itu, pihak kami juga ada menganjurkan Seminar Bagaimana Untuk Membina Laman Web untuk peniaga, usahawan Bumiputra dan sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik dan selok-belok membina sesebuah laman web langkah demi langkah.

Apabila kita bercakap mengenai laman web, kita tidak dapat lari dari mengatakan tentang perkara berkaitan domain. Pihak kami menawarkan beberapa DOMAIN yang tersedia untuk anda pilih bagi laman web impian anda. Antara domain yang anda boleh perolehi adalah:-

  • .com
  • .net
  • .org
  • .biz
  • .info

Mungkin anda masih tertanya-tanya dimanakah saya mempelajari cara membina laman web? Untuk makluman, saya mendapat bimbingan dan “Personal Coaching” mengenai selok-belok pembinaan sesebuah laman web setelah mengikuti Program Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial yang dikendalikan oleh Jutawan Internet No. 1 Malaysia, Dr Irfan Khairi (IK). 

alamin2u sifu

Setelah menamatkan program tersebut dengan jayanya, saya menjadi semakin teruja untuk membuat laman web perniagaan sendiri dan terpanggil untuk membantu sesiapa saja yang ingin memiliki laman web khususnya peniaga dan usahawan Bumiputra supaya dapat mengembangkan perniagaan ke segmen pasaran yang lebih luas lagi di samping dapat melipat-gandakan jualan dan menjana lebih keuntungan.

Saya berasa sangat bertuah dapat BERGURU dengan insan HEBAT seperti Dr Irfan Khairi. Segala ilmu yang dicurahkan akan saya gunakan sebaik mungkin dan akan saya kongsikan pula kepada insan-insan yang dahagakan ilmu berkaitan pembinaan laman web, pemasaran online, perniagaan internet dan strategi media sosial.

7 SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN LAMAN WEB?

  • KREDIBILITI

Pada hari ini, semakin ramai pengguna yang melayari internet untuk mencari produk dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Perniagaan anda akan dilihat mempunyai KREDIBILITI dengan mempunyai laman web sendiri. Jika perniagaan yang anda jalankan tidak mempunyai laman web, bakal pelanggan akan pergi kepada PESAING anda yang memiliki laman web. Mempunyai laman web yang Profesional akan menaikkan imej perniagaan anda serta keyakinan pelanggan. 

  • MENJIMATKAN WANG

Sebagai seorang peniaga, anda mungkin terfikir anda tidak mampu untuk memiliki laman web bagi tujuan mempromosikan perniagaan. Hakikatnya anda memang tidak dapat mengelak untuk memiliki laman web perniagaan sendiri. Walaupun kos untuk membina laman web berbeza-beza dari segi harga, tetapi setelah di’upload’ ia akan berfungsi seperti jurujual yang boleh mempromosikan perniagaan anda selama 24 jam sehari. Berbanding dengan kos pengiklanan di akhbar, dengan memiliki laman web perniagaan sendiri, sebenarnya ia lebih menjimatkan dan kos efektif sekiranya anda fikir untuk tempoh jangka panjang kerana jumlah bakal pelanggan yang boleh melihat perniagaan yang anda jalankan menerusi laman web adalah jauh lebih tinggi.

  • MAKLUMAT YANG “UP TO DATE”

Adalah lebih cepat dan mudah untuk mengemaskini maklumat berkaitan produk yang anda jual dan perkhidmatan yang anda tawarkan di dalam laman web berbanding dengan di dalam bahan bercetak. Maklumat berkaitan produk baru, promosi, event dan perkhidmatan baru yang ditawarkan dapat disampaikan dengan cepat dan pantas. Laman web sentiasa dapat memberi maklumat terkini dan tidak seperti iklan di dalam bahan bercetak seperti majalah dan surat khabar, ianya cepat “OUTDATED“. 

  • MUDAH DIAKSES

Sesebuah laman web boleh diakses oleh anda dan bakal pelanggan anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Ini akan memudahkan lagi bakal pelanggan anda untuk melihat produk yang anda jual dan perkhidmatan yang ditawarkan walaupun kedai anda tutup sempena cuti hujung minggu atau hari kelepasan am. Dengan gaya hidup yang sibuk khususnya bagi warga kota, keputusan untuk membeli boleh dibuat hanya dengan melihat tawaran di dalam laman web sahaja.

  • POTENSI PASARAN YANG LEBIH LUAS

Tidak kira sama ada anda menjual produk atau perkhidmatan, laman web anda akan mampu meneroka segmen pasaran baru yang lebih luas. Bahkan boleh pegi ke peringkat global. Pernahkah anda terfikir anda dapat menjual produk dan perkhidmatan anda dengan menggunakan laman web? Jangan lupa, sekarang ini, kereta dan rumah pun dijual secara ONLINE dengan menggunakan laman web. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengembangkan perniagaan dengan memiliki laman web yang boleh mempromosikan perniagaan anda.

  • DAPAT MENUNJUKKAN KEUNIKAN PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN

Apa pun jenis perniagaan yang anda jalankan, dengan memiliki laman web, dapat menunjukkan keunikan perniagaan anda. Anda boleh masukkan galeri gambar, video, testimonial dan lain-lain lagi di dalam laman web. Ini dapat menunjukkan perbezaan dan perbandingan perniagaan yang anda jalankan berbanding dengan pesaing perniagaan anda.

  • MENJIMATKAN MASA

Menyalurkan maklumat kepada pelanggan akan mengambil masa sekiranya menggunakan teknik telefon, “face to face”, pamphlet dan e-mail. Dengan menggunakan laman web, banyak maklumat mengenai produk dan servis dapat disampaikan. Sebaik sahaja laman web anda di’upload’, ia akan dapat dilihat oleh bakal pelanggan anda bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh pelusuk dunia. Ini akan dapat menjimatkan masa. Apa itu masa? MASA ADALAH WANG.

SIAPA YANG MEMERLUKAN LAMAN WEB?

Tidak dapat tidak, anda memang memerlukan laman web perniagaan sendiri sekiranya anda:-

  • Pemilik Restoran
  • Pemilik Spa 
  • Pemilik Butik
  • Pemilik Kedai Handphone
  • Pemilik Kedai Komputer
  • Pemilik Kedai Printing
  • Pemilik Kedai Kek & Bakeri
  • Penjual Produk Kesihatan
  • Penjual Produk Kecantikan
  • Penjual Tudung
  • Penjual Minyak Wangi
  • Peniaga Online
  • Pengusaha Katering
  • Pengusaha Makanan Ringan
  • Agen Dropship
  • Agen Insurans
  • Agen Takaful
  • Agen Unit Amanah
  • Agen Hartanah
  • Agen MLM
  • Perunding Umrah & Haji
  • Perunding Imej
  • Pereka Grafik
  • Wedding Planner
  • Guru Tuisyen
  • Guru Mengaji Al-Quran
  • Salesman Kereta
  • Menjalankan apa juga jenis perniagaan………..

CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN LAMAN WEB

  • Pilih nama dan domain laman web anda.
  • Pilih pakej laman web anda sama ada Pakej Silver, Pakej Gold atau Pakej Platinum.
  • Bayaran penuh perlu dijelaskan semasa membuat tempahan.
  • Pihak kami menerima pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan perbankan internet (FPX).
  • Sediakan DRAF mengenai konsep dan ayat-ayat yang hendak dimasukkan ke dalam laman web anda.
  • Berikan kami maklumat, gambar, video, testimonial, link dan sebagainya yang ingin dimasukkan ke dalam laman web anda.
  • Setelah anda berpuashati dengan laman web yang telah kami siapkan, setiap perubahan dan pindaan berikutnya yang hendak dibuat dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM50.00.
  • Laman web anda akan disiapkan dan di’upload’ dalam tempoh 7 hari bekerja.

3 PAKEJ YANG DITAWARKAN

silver2

  • Domain 1 tahun
  • Hosting 1 tahun
  • Terhad 500 patah perkataan sahaja
  • 3 Akaun E-mail
  • Profesional template
  • Maksimum 5 gambar
  • Maksimum 1 video
  • Website header
  • Borang untuk dihubungi
  • 400MB Disc Space Storage
  • 7GB mothly bandwith
  • Bayaran domain & hosting RM200 setahun untuk tahun berikutnya

tempah sekarang


gold2

  • Domain 1 tahun
  • Hosting 1 tahun
  • 5 Akaun E-mail
  • Profesional template
  • Maksimum 10 gambar
  • Maksimum 3 video
  • Website header
  • Borang tempahan
  • Borang untuk dihubungi
  • Testimonial
  • 400 MB Disc space storage
  • 7GB monthly bandwith
  • Submit URL ke Search Engine
  • Bayaran domain & hosting RM250 setahun untuk tahun berikutnya

tempah sekarang


platinum2

  • Domain 1 tahun
  • Hosting 1 tahun
  • 10 Akaun E-mail
  • Profesional template
  • Gambar tiada had
  • Maksimum 7 video
  • Website header
  • Borang tempahan
  • Borang untuk dihubungi
  • Testimonial
  • 1500MB (1.5GB) Disc space storage
  • 20GB monthly bandwith
  • Submit URL ke Search Engine
  • Bayaran domain & hosting RM300 setahun untuk tahun berikutnya

tempah sekarang


SEMINAR MEMBINA LAMAN WEB

Pihak kami juga menganjurkan Seminar Bagaimana Untuk Membina Laman Web setiap bulan di Kuala Lumpur. Harga seminar hanya RM999 RM599 seorang. Jimat RM400 jika anda mendaftar SEKARANG. Seminar akan dikendalikan secara teori dan praktikal. Harga RM599 adalah termasuk kos pendaftaran domain dan web hosting selama 1 tahun.

  • Seminar akan dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Sila datang tepat pada masa untuk mengelakkan anda tertinggal pelajaran yang hendak disampaikan di dalam seminar.
  • Sila bawa laptop dan mouse anda sendiri semasa menghadiri seminar.
  • Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta seminar.
  • Peserta akan mempunyai laman web sendiri yang mampu menjual sebaik sahaja tamat seminar.

TARIKH SEMINAR

  • 23 Oktober 2016 (TUTUP)
  • 27 November 2016 (DAFTAR SEKARANG)
  • 18 Disember 2016

**Setiap peserta perlu memilih nama laman web sendiri dan domain semasa membuat pembayaran seminar kerana domain ini akan digunakan untuk membina laman web peserta seminar semasa seminar dijalankan. (Sila nyatakan nama domain anda di dalam borang pembayaran).

Untuk mendaftar sebagai peserta Seminar Bagaimana Membina Laman Web sila KLIK pada ikon “DAFTAR SEKARANG” di bawah. 

Pihak kami menerima pembayaran menggunakan kad kredit / kad debit dan perbankan internet (FPX).

daftar sekarang

Bagi yang ingin mendapatkan Perkhidmatan Personal Coaching Cara Membina Laman Web, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dengan harga yang sangat berpatutan. Perkhidmatan ke lokasi anda juga boleh dirunding. Sila hubungi Talian HOTLINE 011-12762166 untuk maklumat lanjut. 

Sebagai satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pihak kami ingin menawarkan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Masjid, Surau, Madrasah, Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim yang ingin mempunyai laman web sendiri supaya dapat menghubungi pihak kami di talian HOTLINE 011-12762166 untuk mendapat tawaran harga promosi istimewa.


PERSONAL COACHING FACEBOOK ADS

fb-ads

Sukacita dimaklumkan, pihak kami juga sedia membantu anda yang memiliki produk dan perniagaan untuk menuntut ilmu dan belajar Teknik Pengiklanan FB ADs.
Dengan yuran yang sangat berpatutan, saya akan buat Personal Coaching “One To One” dengan anda untuk FB Ads ini sehingga anda mahir menggunakannya.

KEISTIMEWAAN PERSONAL COACHING FACEBOOK ADS

  • Boleh atur masa mengikut masa anda dan masa saya.
  • Lokasi yang fleksible. Yang penting ada Wifi.
  • “One To One” dan belajar terus FOKUS pada Facebook Page perniagaan anda.
  • Tak perlu malu bertanya jika tidak faham kerana proses pembelajaran hanya FOKUS kepada bagaimana untuk meningkatkan jualan dan memajukan perniagaan anda sahaja.
  • Anda akan dibimbing secara teori dan praktikal sehingga mahir menggunakan FB Ads.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan,

Sila hubungi / WhatsApp Talian HOTLINE

whatsapp

011-12762166

image

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *